Setiap pasangan yang berkahwin pasti mempunyai impian untuk memiliki sebuah kediaman sendiri berbanding terus menyewa rumah orang. Tujuan untuk memiliki rumah sendiri itu bagus tetapi dengan harga rumah hari ini yang melambung tinggi dan keadaan kewangan yang tidak kukuh ramai pasangan yang berkahwin terutamanya mengambil keputusan membeli rumah bersama. Membuat permohonan pembelian secara joint loan dilakukan supaya peluang untuk bank meluluskan pinjaman perumahan menjadi lebih tinggi. Tahukah anda risiko yang diundang apabila kita membuat pembelian rumah secara bersama pasangan ini? Risiko Beli Rumah Bersama Pasangan, Ini Yang Berlaku Apabila Salah Seorang Meninggal Dunia. Kebiasaannya, apabila pasangan membeli rumah secara joint loan, mereka juga akan mengambil takaful secara bersama juga Mortgage Reduction Term Takaful (MRTT). Jadi dalam Sell and Purchase (S&P) agreement ada dua nama (suami dan isteri) dan perlindungan takaful pun secara Bersama; 50%, sua...