Skip to main content

8 sebab permohonan loan rumah ditolak bank



Korang tengah plan nak beli rumah?

Bagus. Tahniah admin seribu ucapkan sebab dah mula bertindak.

Dan sambil-sambil bersedia kumpul duit dan sebagainya, bertambah molek kalau korang rajinkan diri tambah ilmu hartanah.

Dan korang tak perlu cari jauh-jauh. Hari ni, admin seribu nak kongsikan nukilan mengenai loan rumah.

Baik korang baca dan fahamkan betul-betul. Sebab korang pun tak nak loan rumah tak lepas, kan?

Siapa yang tak nak ada rumah?

Memiliki rumah adalah impian semua individu. Penat lelah bekerja selama ini ada hasilnya. Bayar bulan-bulan, akhirnya jadi milik kita.

Kita pun bukan selamanya jadi penyewa. Bayar bulan-bulan, rumah tu bukan jadi milik kita pun akhirnya.

Membuat pinjaman perumahan daripada pihak bank ada yang mudah lulus. Tak lupa juga ada yang susah lulus. Dan ada juga kes yang tak pernah lulus.

Kenapa boleh jadi macam tu? Semakin tahun, polisi bank dilihat akan jadi lebih ketat.

Antara sebab bank tolak pemohonan kita adalah:

#1: Bina dan kukuhkan kewangan

Bank akan memberi pinjaman perumahan pada mereka yang mampu dari segi kewangan.

Pastikan tiap bulan ada lagi simpanan dalam akaun bank. Jangan tinggal berbelas Ringgit je tiap akhir bulan.

Ansuran PTPTN pun tak nak bayar, mana mungkin bank nak luluskan pinjaman perumahan korang. Tabiat menyimpan pun penting.

#2: Rekod CCRIS biar hensem

Mempunyai rekod pembayaran balik pinjaman yang tak begitu cun. Tambah pula tak berdisiplin untuk membayar balik pinjaman yang telah dibuat.

Kalau teruskan, sampai bila-bila pun loan korang susah nak lulus.

Rekod ni boleh disemak di Bank Negara Malaysia, atau secara online di www.creditbureau.com.my.

#3: Semua orang patut tahu pasal ini

Cuba semak rekod CTOS sebelum buat permohonan.

Biasanya ramai tak sedar mereka kena CTOS disebabkan jadi penjamin.

Ada juga yang menjual kereta pada kawan, dan suruh kawan sambung bayar. Kawan tu tak bayar. Nama dia (penjamin) kena blacklist.

#4: Lengkapkan apa yang perlu

Bank tak suka orang yang tak mempunyai dokumentasi yang lengkap.

Pegawai bank yang uruskan pinjaman mungkin ada 40 hingga 50 permohonan perlu disemak. Kalau dokumen tak lengkap, amat menyusahkan pegawai itu.

Sediakan maklumat peribadi, pendidikan, tempat kerja, pengalaman kerja, nombor telefon pejabat, surat pengesahan kerja, dan sebagainya dengan lengkap.

#5: Faktor pekerjaan

Dengan ekonomi yang tak menentu, amat penting bank menyemak di mana kita bekerja.

Perkara yang akan diambil kira seperti pengalaman kerja dan tempoh bekerja.

Jika bekerja di sektor kerajaan atau syarikat besar mungkin tak ada masalah. Kestabilan tempat kerja kita juga diutamakan.

#6: Bank senang kerja bila anda sediakan semua ini

Senaraikan dengan lengkap:

  • Pendapatan (gaji, elaun, pendapatan sampingan),
  • komitmen/hutang (pembiayaan peribadi, kereta, kad kredit, koperasi, dan lain-lain),
  • pelaburan (ASB, emas, perak, unit amanah, saham, dan lain-lain),
  • simpanan (bank, tabung, Tabung Haji, KWSP, dan lain-lain)
  • cukai dan zakat,
  • sedia bukti dokumentasi pendapatan, pelaburan dan simpanan.

Kalau yang ni kita buat sambil lewa saja, ada potensi permohonan kita bakal ditolak.

#7: Lokasi juga main peranan

Kebanyakan pinjaman perumahan ditolak kerana rumah tu berada di pedalaman atau tempat terpencil. Kurang mendapat permintaan.

Bank juga akan menolak pinjaman perumahan daripada pemaju yang disenarai hitam oleh Kementerian dan agensi berkaitan.

#8: Cantikkan skor kredit

Skor kredit berdasarkan analisis dan tahap pembayaran balik kita berdasarkan rekod CCRIS.

Ia menunjukkan kita bijak menguruskan wang.

Antara yang dinilai adalah rekod CCRIS, kad kredit lebih had penggunaan, corak pembayaran balik, bilangan kad kredit, dan sebagainya.

Loan tak lepas? Terus cuba lagi

Aku bukan arif sangat tentang prosedur bank. tapi selalu bertanya pada kenalan yang kerja di institusi kewangan.

Aku jugak baca pengalaman orang lain supaya menjadi pengajaran dan peringatan buat aku di masa hadapan.

Kalau kita gagal dapatkan pinjaman perumahan dekat satu bank, cuba lagi bank lain. Banyak lagi bank. Setiap bank gunakan SOP mereka yang tersendiri.

Akhir kata, berkawan dahulu dengan kawan kau siang malam berborak pasal vape, bercerita pasal novel cinta, lepak kedai kopi mahal tu.

Bila dah masuk 30 tahun, baru cari kawan kerja bank. Ataupun kawan dalam bidang hartanah ni ya.

P/S: Pegawai bank yang pernah uruskan pembiayaan pinjaman perumahan boleh tambah lagi sebab permohonan pinjaman perumahan ditolak. Boleh dijadikan panduan buat anak muda pada masa akan datang. Terima kasih.

Sekarang, senang hati admin sebab dah kongsikan apa yang perlu.

Boleh je nak buat permohonan korang senang bank luluskan. Amalkan ilmu ni, In Shaa Allah mudah lulus.

Admin nak korang jadikan ilmu ni sebagai panduan sebelum memohon. Ok?

Tengah cari banglo bawah RM280K di Tembila Jerteh Terengganu?

Admin ada satu projek nak kongsi dengan korang.

Tak cukup dengan tu, siap terletak berdekatan dengan masjid, kedai runcit, sekolah dan UNISZA. 

Harga pula, bermula dari RM280K.

Berminat? Jemput isi borang dengan klik gambar bawah ini sekarang:





Comments

Popular posts from this blog

Gaji 'basic' tak lepas nak buat loan rumah ? Strategi pendapatan proksi ini akan tinggikan peluang bank luluskan permohonan anda

Sekarang ni, pihak bank semakin susah nak luluskan permohonan pinjaman yang pembeli buat. Banyak kali dah kes seperti ni terjadi, walaupun pembeli layak untuk dapatkan pinjaman. Nampaknya, syarat lulus pinjaman dah jadi semakin ketat berbanding dulu. Tapi, tak bermakna kita tak boleh buat sesuatu. Setiap masalah, pasti ada jalan penyelesaian. Tok percaya perkara ni, dan Tok harap korang pun sama. Semoga perkongsian ini berikan sinar harapan baru kat korang. Nukilan Cikpuan  Bella Leana  ini boleh bantu korang selesaikan masalah ini, dengan izin-Nya. Nota: Artikel ini khas untuk korang yang bekerja, dan gaji pokok tak cukup untuk permohonan pinjaman. Kalau korang berniaga atau tak ada slip gaji (dan nak buat loan), boleh  klik sini  dan baca artikel ini. Strategi #1: Bonus sebagai pelincir luluskan pinjaman Ada 2 jenis bonus yang boleh kita gunakan untuk perkara ini: a) Bonus secara ‘ contractual ‘ (kontrak) Ini bermakna dalam kontrak korang itu, ada tertuli...

Jika Anda Terletak Dalam 3 Golongan Ini, Sampai Bila Pun Tak Mampu Beli Rumah

Memiliki sebuah rumah atas nama sendiri menjadi impian setiap orang. Tapi selalu kita dengar alasan tak mampu walaupun gaji RM3K sebulan. Nak tahu kenapa anda tak mampu? Orang tak mampu beli rumah terpecah kepada beberapa golongan :- 1. Asyik complain harga rumah mahal. Tapi tak tahu pun dia sebenarnya layak je nak beli dengan gaji dia. Tapi tak tahu nak kira kelayakan macamana. Nak minta pihak Seribu Group Sdn Bhd kirakan boleh klik link nama syarikat ya. 2. Asyik complain harga rumah mahal, sedangkan dia asyik tengok rumah idaman. Rumah idaman semua orang memang mahal. Yang murah ialah rumah mampu milik. Kalau search kat mudah, julat harga ada puluh ribu sampai ratus ribu. Kena rajin je nak pergi melawat. 3. Asyik complain tak mampu beli rumah, tapi beli kereta mahal berhutang, beli handphone mahal berhutang, duit setiap bulan habis pergi jalan, shopping barang baru dengan korek duit simpanan. Kalau matlamat jelas, boleh disiplin, boleh je nak kumpul duit bayar deposit rumah.  Ja...

Implikasi Suami Isteri Membeli Rumah Bersama

Setiap pasangan yang berkahwin pasti mempunyai impian untuk memiliki sebuah kediaman sendiri berbanding terus menyewa rumah orang. Tujuan untuk memiliki rumah sendiri itu bagus tetapi dengan harga rumah hari ini yang melambung tinggi dan keadaan kewangan yang tidak kukuh ramai pasangan yang berkahwin terutamanya mengambil keputusan membeli rumah bersama. Membuat permohonan pembelian secara joint loan dilakukan supaya peluang untuk bank meluluskan pinjaman perumahan menjadi lebih tinggi. Tahukah anda risiko yang diundang apabila kita membuat pembelian rumah secara bersama pasangan ini? Risiko Beli Rumah Bersama Pasangan, Ini Yang Berlaku Apabila Salah Seorang Meninggal Dunia. Kebiasaannya, apabila pasangan membeli rumah secara joint loan, mereka juga akan mengambil takaful secara bersama juga  Mortgage Reduction Term Takaful  (MRTT). Jadi dalam  Sell and Purchase  (S&P) agreement ada dua nama (suami dan isteri) dan perlindungan takaful pun secara Bersama; 50%, sua...