Skip to main content

GAJI CIPUT, TAPI NAK BELI RUMAH? BACA 9 TIP POWER INI


“Apa masalah utama untuk orang bergaji kecil yang nak beli rumah?”

Antara alasan yang paling ramai orang pakai adalah kekangan kat bahagian kewangan, dan tak tahu asas beli rumah pertama yang betul.

Tok percaya. Kalau korang komited ubah nasib dan berusaha cari ilmu yang betul, senang-senang je korang boleh beli rumah.

Dan ini hari bertuah buat korang semua.

Nah, hadamkan laju-laju perkongsian Tuan Amir Syahir yang bermanfaat ini.

Tak kenal, maka tak cinta?

Dulu, sebelum aku ada ilmu tentang hartanah ni, mulanya aku fikir orang beli rumah banyak-banyak ni tamak lah. Tak kesian kat orang ke. Dasar kapitalis.

Bagi aku, biarlah orang Melayu banyak yang jadi pemilik rumah. Senang nak kawtim kalau dorang nak jual rumah nanti.

Kalau dorang jadi tuan rumah pun ada timbang rasa. Tak naikkan kadar sewa rumah sesuka hati setiap tahun kan.

Aku pun belajarlah, join seminar, beli buku, baca ebook. Baca bahan bacaan percuma di FB, blog dan web.

Lama-lama aku mula faham. Kenapa mereka mampu beli rumah banyak walapun bergaji kecil.

Kekangan utama nak beli rumah sebab nak bagi bank lulus permohonan kita je. Yang lain senang dah. Bank is King.

Rumah kecil, buruk, sempit, busuk memang tak digemari oleh golongan muda. Tak ada kelas katanya. Buka saja laman web Mudah.my. Berlambak rumah apartmen yang masih belum dibeli. Ada sesetengah orang malu nak beli rumah kecil dan sempit ni.

9 panduan mudah beli rumah walaupun gaji tak besar

Jom baca panduan untuk membeli rumah walaupun bergaji kecil :

#1 : Buat analisa kewangan diri sendiri

Analisa kewangan diri termasuklah pengiraan DSR, NDI, dan hutang dengan bank untuk tahu kelayakan harga rumah yang boleh dibeli dengan gaji korang.

Boleh pergi tanya kelayakan dengan bank berdekatan korang. Jangan lupa bawa slip gaji sekali.

#2 : Buktikan pada bank yang anda mampu

Korang kena buktikan kepada pihak bank yang korang mampu bayar ansuran bulanan.

Macam mana nak buktikan?

Kena ada hitam putih la. Korang cakap korang ada simpanan RM20,000 pun, bank tak percaya kalau cakap kosong. Jadi, kepilkan segala sokongan pendapatan korang tu seperti simpanan di Tabung Haji ataupun ASB

#3 : Jaga DSR elok-elok

Nisbah Hutang Kepada Pendapatan (DSR). Yang ni, penting untuk korang jaga.

Korang kena pastikan bawah 60% kalau bergaji bawah RM3,000. Kalau korang dah ada hutang kereta, hutang peribadi, korang kena tambahkan pendapatan dulu.

#4 : Settle-kan PTPTN. Jangan ambil mudah

Baiki CCRIS. Jika CCRIS PTPTN korang barai, baiki dulu.

Bawa bincang dengan pegawai PTPTN tu. Bayar tunggakan guna KWSP.

Ingat kalau hutang PTPTN pun korang tak mampu bayar, macam mana bank boleh yakin korang mampu bayar ansuran bulanan rumah nanti?

#5 : “Ada ke rumah monthly kurang RM1,000 sebulan?” – Hashim

Cari hartanah yang ansuran bulanannya tak melebihi RM1,000 sebulan. Gunakan formula kiraan kasar ni :

“Ansuran bulanan X 200 = Anggaran Harga Rumah”

Ini contoh cara kiraan :

  • RM1,000 X 200 =
  • RM200,000

Jadi, kalau korang mampu simpan RM1,000 sebulan, baru la korang boleh beli rumah berharga RM200,000.

#6 : Cara bayar ansuran bulanan rumah tanpa guna duit sendiri

Carilah hartanah yang dapat memberi aliran tunai positif. Yang mampu cover ansuran bulanan yang perlu dibayar kepada bank.

Korang kena kaji potensi rumah yang korang nak beli terlebih dahulu.

#7 : Kaji permintaan sewaan

Carilah lokasi yang mempunyai permintaan yang tinggi seperti kawasan yang mempunyai kawasan IPTA/IPTS, pusat membeli belah, kawasan kilang, kawasan hospital, pengangkutan awam dan sebagainya.

#8 : Perjanjian sewa – ‘Alat’ mudahkan bank lulus loan rumah?

Sediakan perjanjian sewaan yang lengkap dan dimatikan setem di LHDN. Sewakan setiap bilik lagi untung. Sediakan perabot asas seperti mesin basuh, dapur, peti sejuk, katil dan sebagainya.

Biarkan ada transaksi duit masuk dalam bank korang setiap bulan selama 6 bulan sebelum memburu rumah ke-2 dan seterusnya.

Kebanyakan bank akan anggap perjanjian sewaan tu sebagai pendapatan. Ada bank kira 80%. Ada bank kira 70%.

#9 : Apa pun, diri sendiri dulu

Asasnya, carilah ilmu. Orang nak suruh korang pergi seminar atau beli buku, korang malas nak layan. Sampai bila korang nak duduk takuk yang sama?

Jangan ikut orang. Ikut kemampuan kewangan dan minat korang.

Tak semua orang minat melabur dalam hartanah ni. Korang boleh melabur di ASB, Tabung Haji, AHB, ataupun unit amanah (unit trust) yang diyakini. Kalau simpanan biasa, lambat duit korang nak membiak.

Semua ini perlu ilmu, strategi, dan pengorbanan

Dah faham serba sedikit?

Sebab tu ada orang yang bergaji bawah RM3,000 boleh beli banyak rumah guna perjanjian sewaan ini. Korang kena ada banyak ilmu, pengorbanan dan strategi.

Rumah tepi KLCC, rumah 2 tingkat, rumah baru siap, rumah ada kolam renang memang mahal harganya der. Cuba beli rumah subsale dan lelong.

Jangan terus berangan-angan. Bangun lah daripada mimpi yang panjang. Beli rumah yang korang mampu, bukan rumah yang korang mahu.

Ayuh kita berusaha, bukan menyalahkan orang lain. Tak perlu berhutang sana sini semata-mata untuk kelihatan kaya. Kah!

NOTA : Korang nak tahu perbandingan DSR, ASB Financing, perjanjian sewaan, NDI, dan kelebihan antara bank? Klik sini sekarang. 

Hentikan diri korang daripada jadi mesin penjana alasan. Hanya korang je yang mampu ubah diri dan kehidupan korang supaya jadi lebih baik di masa hadapan.

Tok sendiri tak pernah ragu-ragu dengan kemampuan korang. So, korang pun jangan la seksa diri korang sendiri. Korang mampu ubah semua ini.

Perkongsian ini bermanfaat? Jemput SHARE kat kawan-kawan korang yang nak beli rumah pertama tahun depan. Ilmu macam ni dapat membantu mereka.

Comments

Popular posts from this blog

Gaji 'basic' tak lepas nak buat loan rumah ? Strategi pendapatan proksi ini akan tinggikan peluang bank luluskan permohonan anda

Sekarang ni, pihak bank semakin susah nak luluskan permohonan pinjaman yang pembeli buat. Banyak kali dah kes seperti ni terjadi, walaupun pembeli layak untuk dapatkan pinjaman. Nampaknya, syarat lulus pinjaman dah jadi semakin ketat berbanding dulu. Tapi, tak bermakna kita tak boleh buat sesuatu. Setiap masalah, pasti ada jalan penyelesaian. Tok percaya perkara ni, dan Tok harap korang pun sama. Semoga perkongsian ini berikan sinar harapan baru kat korang. Nukilan Cikpuan  Bella Leana  ini boleh bantu korang selesaikan masalah ini, dengan izin-Nya. Nota: Artikel ini khas untuk korang yang bekerja, dan gaji pokok tak cukup untuk permohonan pinjaman. Kalau korang berniaga atau tak ada slip gaji (dan nak buat loan), boleh  klik sini  dan baca artikel ini. Strategi #1: Bonus sebagai pelincir luluskan pinjaman Ada 2 jenis bonus yang boleh kita gunakan untuk perkara ini: a) Bonus secara ‘ contractual ‘ (kontrak) Ini bermakna dalam kontrak korang itu, ada tertuli...

Jika Anda Terletak Dalam 3 Golongan Ini, Sampai Bila Pun Tak Mampu Beli Rumah

Memiliki sebuah rumah atas nama sendiri menjadi impian setiap orang. Tapi selalu kita dengar alasan tak mampu walaupun gaji RM3K sebulan. Nak tahu kenapa anda tak mampu? Orang tak mampu beli rumah terpecah kepada beberapa golongan :- 1. Asyik complain harga rumah mahal. Tapi tak tahu pun dia sebenarnya layak je nak beli dengan gaji dia. Tapi tak tahu nak kira kelayakan macamana. Nak minta pihak Seribu Group Sdn Bhd kirakan boleh klik link nama syarikat ya. 2. Asyik complain harga rumah mahal, sedangkan dia asyik tengok rumah idaman. Rumah idaman semua orang memang mahal. Yang murah ialah rumah mampu milik. Kalau search kat mudah, julat harga ada puluh ribu sampai ratus ribu. Kena rajin je nak pergi melawat. 3. Asyik complain tak mampu beli rumah, tapi beli kereta mahal berhutang, beli handphone mahal berhutang, duit setiap bulan habis pergi jalan, shopping barang baru dengan korek duit simpanan. Kalau matlamat jelas, boleh disiplin, boleh je nak kumpul duit bayar deposit rumah.  Ja...

Implikasi Suami Isteri Membeli Rumah Bersama

Setiap pasangan yang berkahwin pasti mempunyai impian untuk memiliki sebuah kediaman sendiri berbanding terus menyewa rumah orang. Tujuan untuk memiliki rumah sendiri itu bagus tetapi dengan harga rumah hari ini yang melambung tinggi dan keadaan kewangan yang tidak kukuh ramai pasangan yang berkahwin terutamanya mengambil keputusan membeli rumah bersama. Membuat permohonan pembelian secara joint loan dilakukan supaya peluang untuk bank meluluskan pinjaman perumahan menjadi lebih tinggi. Tahukah anda risiko yang diundang apabila kita membuat pembelian rumah secara bersama pasangan ini? Risiko Beli Rumah Bersama Pasangan, Ini Yang Berlaku Apabila Salah Seorang Meninggal Dunia. Kebiasaannya, apabila pasangan membeli rumah secara joint loan, mereka juga akan mengambil takaful secara bersama juga  Mortgage Reduction Term Takaful  (MRTT). Jadi dalam  Sell and Purchase  (S&P) agreement ada dua nama (suami dan isteri) dan perlindungan takaful pun secara Bersama; 50%, sua...