Taman Tembila Jaya adalah sebuah perkampungan yang terletak di Tembila Jerteh Terengganu. Dengan "Natured Inspired" konsep pembangunan, Banglo Biru ini menjadi satu lot banglo yang tercantik di Tembila.
Sebuah pembangunan dari pemaju yang tidak asing lagi dalam industri hartanah iaitu Seribu Group Sdn Bhd. Perbandaran yang berkembang ini mempunyai 5 lot banglo yang dirancang dengan baik untuk memelihara dan mendorong penduduk untuk hidup dalam alam semula jadi dengan sempurna.
Kediaman jenis banglo ini lebih dari sekadar kediaman yang anda biasa lihat. Ia adalah rumah impian yang bakal menjadi kenyataan semua. Dengan reka bentuk siling tinggi di ruangtamu membuatkan rumah lebih besar dan luas, ruang tamu dan ruang makan yang teratur dalam pelan lantai yang menarik.
Dengan keluasan rumah lot kedua 1705 SQ FT dan lot ketiga 1710 SQ FT melengkapkan kediaman dengan 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi.
Kediaman di perbandaran ini cukup sempurna untuk yang ingin memiliki sebuah kediaman mewah dalam suasana tenang dalam kehidupan sihat semula jadi.
Menariknya lagi di Banglo Tembila berdekatan dengan Pasar Malam, Masjid, kedai makan, SMK Tembila dan UNISZA membuatkan lokasi ini menjadi pilihan.
Untuk keterangan lanjut anda boleh hubungi talian 0146081000 atau 0189431000 atau kunjungi Office Seribu Group PT 757, NO 17, Tingkat Atas RK MD Pasar Kampung Raja.
Comments
Post a Comment