Skip to main content

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pinjaman Perumahan Kerajaan (LPPSA)?


Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) adalah badan yang telah dicipta khas untuk menyediakan pinjaman perumahan kerajaan untuk penjawat awam. Jika anda ialah kakitangan kerajaan, anda haruslah mengambil kesempatan ke atas peluang yang ada ini!
pinjaman perumahan, pinjaman perumahan kerajaan, penjawat awam, kakitangan kerajaan, pinjaman perumahan kerajaan malaysia

Sebenarnya masih ramai rakyat Malaysia yang bergelut untuk memiliki rumah sendiri, baik pekerja dari sektor kerajaan ataupun swasta.

Memang ada pelbagai jenis pinjaman perumahan dan initiatif kerajaan yang ada di luar sana untuk membantu semua pembeli rumah.

Tetapi kali ini, kami ingin mengupas tentang membeli rumah menggunakan pinjaman perumahan kerajaan bagi penjawat awam.

Berdasarkan laporan Berita Harian, Presiden CUEPACS (Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam) mengatakan masih ramai penjawat awam yang belum memiliki kediaman sendiri.

Kesimpulannya, ada kemungkinan masih ramai kakitangan kerajaan yang tidak mengetahui tentang pinjaman perumahan kerajaan yang telah dicipta khas untuk mereka ini. 

Menggunakan panduan di bawah, anda akan mendapat maklumat penting tentang pinjaman perumahan kerajaan iaitu Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), manfaat daripada pinjaman, bagaimana pinjaman tersebut berfungsi dan kelayakan untuk memohon.

pinjaman perumahan, pinjaman perumahan kerajaan, penjawat awam, kakitangan kerajaan, pinjaman perumahan kerajaan malaysia

 

Tentang Pinjaman Perumahan LPPSA

1) Latar belakang

LPPSA yang sebelum ini dikenali sebagai Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) telah ditubuhkan sejak tahun 2016.

Ia adalah badan berkanun yang bertanggungjawab menguruskan pembiayaan perumahan bagi sektor awam.

Setiap tahun LPPSA telah meluluskan hampir 40,000 permohonan dengan kadar penolakan yang rendah.

Buat masa ini, RM9-10 bilion setahun telah dikeluarkan oleh LPPSA untuk pinjaman perumahan kepada penjawat awam, dan untuk tahun ini mereka menyasarkan jumlah pembiayaan sehingga RM12 bilion.

Terdapat tujuh jenis pinjaman yang disediakan oleh LPPSA:

  • Jenis I: Membeli rumah atau petak rumah kediaman yang telah siap
  • Jenis II: Membina rumah di atas tanah sendiri
  • Jenis III: Membeli rumah atau petak rumah kediaman dalam pembinaan
  • Jenis IV: Membeli tanah dengan tujuan membina rumah
  • Jenis V: Menyelesaikan hutang pinjaman perumahan daripada bank / institusi kewangan
  • Jenis VI: Membina rumah di atas tanah pemohon yang dibeli melalui pinjaman BPP / LPPSA
  • Jenis VII: Membuat kerja ubahsuai atas rumah atau petak rumah kediaman

pinjaman perumahan, pinjaman perumahan kerajaan, penjawat awam, kakitangan kerajaan, pinjaman perumahan kerajaan malaysia

2) Manfaat pinjaman

Pelbagai kelebihan pinjaman perumahan kerajaan boleh dinikmati oleh penjawat awam antaranya adalah:

  • Mendapat pinjaman sehingga 100% dengan kadar faedah yang lebih rendah pada 4.0%.
  • Layak memohon pembiayaan kedua, dengan syarat baki hutang pembiayaan pertama selesai sepenuhnya, dan kelayakan tertakluk kepada ansuran bulanan tidak melebihi 50% daripada gaji pokok semasa.
  • Tempoh pinjaman untuk pinjaman pertama adalah selama 30 tahun, manakala untuk pinjaman kedua adalah selama 25 tahun. Tempoh ini juga bergantung kepada usia peminjam.
  • Pakej perumahan sehingga usia 90 tahun (berbeza dengan pinjaman bank yang menghadkan sehingga usia 75 tahun).
  • Faedah atas baki pinjaman mengikut kaedah baki berkurangan bagi setiap bulan jadi faedah bagi bulan seterusnya akan berkurangan.

Selain itu, terdapat satu lagi manfaat (diambil daripada Garis Panduan LPPSA, sila rujuk muka surat 38), iaitu:

“Bagi rumah bertanah, pengiraan akan bermula pada bulan berikutnya selepas bayaran kemajuan 100 peratus dikeluarkan atau pada bulan ke dua puluh lima (25) daripada tarikh kelulusan, yang mana terdahulu.”

Maknanya, dengan pinjaman perumahan LPPSA, kakitangan kerajaan tidak perlu membayar kadar faedah setiap bulan mengikut peratus (%) projek siap dibina, seperti pinjaman perumahan biasa.

Untuk rumah atas tanah yang baru, peminjam tak perlu membuat bayaran balik sehingga rumah siap 100% jika memenuhi salah satu syarat di bawah:

  • Rumah siap dalam tempoh 24 bulan (2 tahun) daripada tarikh kelulusan pinjaman; atau
  • Bayaran penuh dibuat kepada pemaju selepas rumah siap dibina

3) Bagaimana ia berfungsi?

pinjaman perumahan, pinjaman perumahan kerajaan, penjawat awam, kakitangan kerajaan, pinjaman perumahan kerajaan malaysia

Pertama sekali, anda perlu menentukan amaun kelayakan pembiayaan untu mengelakkan daripada permohonan anda ditolak.

Amaun ini boleh didapati dengan menggunakan Kalkulator Pembiayaan yang telah disediakan pada laman web LPPSA.

Mengikut jadual kelayakan pembiayaan LPPSA, potongan pinjaman perumahan kerajaan dan potongan-potongan lain tidak boleh melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap.

Di samping itu, jumlah hutang tidak boleh melebihi 80% daripada pendapatan bersih. 

Secara umumnya, selepas mengetahui kelayakan pembiayaan, anda bolehlah mengikuti proses pembiayaan LPPSA seperti berikut:

  • Permohonan dalam talian dan penerimaan tawaran
  • Pemprosesan dan kelulusan
  • Cagaran harta kepada lembaga
  • Bayaran premium insurans
  • Pengeluaran bayaran
  • Bayaran balik pembiayaan
  • Pemantauan dan pemulihan ke atas peminjam ingkar (jika berkaitan)
  • Penyelesaian pembiayaan sepenuhnya
  • Pemulangan dokumen hakmilik
  • Pemulangan baki kredit dan tutup akaun

4) Syarat kelayakan peminjam

pinjaman perumahan, pinjaman perumahan kerajaan, penjawat awam, kakitangan kerajaan, pinjaman perumahan kerajaan malaysia

Untuk memohon pinjaman perumahan kerajaan, anda perlu memenuhi kriteria di bawah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Kakitangan dalam sektor awam yang berjawatan tetap.
  • Sudah menerima surat pengesahan jawatan.
  • Berkhidmat sekurang-kurangnya setahun.
  • Borang permohonan dikemukakan setahun sebelum bersara / tamat perkhidmatan.
  • Perjanjian Jual Beli (S&P) atau Perjanjian Pembinaan Rumah perlukan penyaksian peguam.
  • Bukan seorang yang:
    • Bankrap
    • Terlalu banyak berhutang
    • Pemakan gaji tidak berkemampuan
    • Dalam proses dikenakan tindakan tatatertib
  • Pinjaman bersama suami isteri, Pinjaman ambil alih antara suami dan isteri, serta Pinjaman dua (2) nama di dalam S&P wajib disertakan dengan salinan sijil nikah atau pendaftaran perkahwinan yang disahkan oleh Ketua Jabatan pemohon.

 

LPPSA dan MBSB Telahpun Memperkenalkan Skim Pembiayaan Bersama

Skim ini membenarkan semua penjawat awam yang ingin memiliki rumah idaman bersama dengan suami, isteri, ibu, bapa atau anak yang berkhidmat di sektor swasta.

pinjaman perumahan, pinjaman perumahan kerajaan, penjawat awam, kakitangan kerajaan, pinjaman perumahan kerajaan malaysia

Penjawat awam akan mendapat pinjaman daripada LPPSA, manakala pemohon bersama yang berkhidmat di sektor swasta boleh mendapatkan pinjaman daripada MBSB bank

Menerusi skim ini, kakitangan awam dan peminjam bersama akan dapat mengurangkan komitmen bulanan dengan berkongsi jumlah bayaran balik pembiayaan.

Selain itu, pembiayaan yang diberikan juga lebih tinggi berbanding dengan individu memohon secara persendirian, jadi mereka dapat mencari dan membeli hartanah yang lebih selesa.

Pinjaman daripada skim ini akan menawarkan dua kategori iaitu pembiayaan untuk rumah telah siap dan juga bagi rumah yang masih dalam pembinaan.

Sebagai kakitangan kerajaan, anda haruslah mengambil kesempatan ke atas peluang yang ada ini.

Anda sangat bertuah kerana mempunyai kelebihan dalam mencari pinjaman perumahan, jadi jangan sia-siakan peluang untuk mendapatkan rumah yang sentiasa diidamkan itu!

Comments

Popular posts from this blog

Cetusan Kediaman Idaman

Taman Tembila Jaya adalah sebuah perkampungan yang terletak di Tembila Jerteh Terengganu. Dengan "Natured Inspired" konsep pembangunan, Banglo Biru ini menjadi satu lot banglo yang tercantik di Tembila. Sebuah pembangunan dari pemaju yang tidak asing lagi dalam industri hartanah iaitu Seribu Group Sdn Bhd. Perbandaran yang berkembang ini mempunyai 5 lot banglo yang dirancang dengan baik untuk memelihara dan mendorong penduduk untuk hidup dalam alam semula jadi dengan sempurna. Kediaman jenis banglo ini lebih dari sekadar kediaman yang anda biasa lihat. Ia adalah rumah impian yang bakal menjadi kenyataan semua. Dengan reka bentuk siling tinggi di ruangtamu membuatkan rumah lebih besar dan luas, ruang tamu dan ruang makan yang teratur dalam pelan lantai yang menarik. Dengan keluasan rumah lot kedua 1705 SQ FT dan lot ketiga 1710 SQ FT melengkapkan kediaman dengan 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi. Kediaman di perbandaran ini cukup sempurna untuk yang ingin memiliki sebuah kediama...

Gaji 'basic' tak lepas nak buat loan rumah ? Strategi pendapatan proksi ini akan tinggikan peluang bank luluskan permohonan anda

Sekarang ni, pihak bank semakin susah nak luluskan permohonan pinjaman yang pembeli buat. Banyak kali dah kes seperti ni terjadi, walaupun pembeli layak untuk dapatkan pinjaman. Nampaknya, syarat lulus pinjaman dah jadi semakin ketat berbanding dulu. Tapi, tak bermakna kita tak boleh buat sesuatu. Setiap masalah, pasti ada jalan penyelesaian. Tok percaya perkara ni, dan Tok harap korang pun sama. Semoga perkongsian ini berikan sinar harapan baru kat korang. Nukilan Cikpuan  Bella Leana  ini boleh bantu korang selesaikan masalah ini, dengan izin-Nya. Nota: Artikel ini khas untuk korang yang bekerja, dan gaji pokok tak cukup untuk permohonan pinjaman. Kalau korang berniaga atau tak ada slip gaji (dan nak buat loan), boleh  klik sini  dan baca artikel ini. Strategi #1: Bonus sebagai pelincir luluskan pinjaman Ada 2 jenis bonus yang boleh kita gunakan untuk perkara ini: a) Bonus secara ‘ contractual ‘ (kontrak) Ini bermakna dalam kontrak korang itu, ada tertuli...

Jika Anda Terletak Dalam 3 Golongan Ini, Sampai Bila Pun Tak Mampu Beli Rumah

Memiliki sebuah rumah atas nama sendiri menjadi impian setiap orang. Tapi selalu kita dengar alasan tak mampu walaupun gaji RM3K sebulan. Nak tahu kenapa anda tak mampu? Orang tak mampu beli rumah terpecah kepada beberapa golongan :- 1. Asyik complain harga rumah mahal. Tapi tak tahu pun dia sebenarnya layak je nak beli dengan gaji dia. Tapi tak tahu nak kira kelayakan macamana. Nak minta pihak Seribu Group Sdn Bhd kirakan boleh klik link nama syarikat ya. 2. Asyik complain harga rumah mahal, sedangkan dia asyik tengok rumah idaman. Rumah idaman semua orang memang mahal. Yang murah ialah rumah mampu milik. Kalau search kat mudah, julat harga ada puluh ribu sampai ratus ribu. Kena rajin je nak pergi melawat. 3. Asyik complain tak mampu beli rumah, tapi beli kereta mahal berhutang, beli handphone mahal berhutang, duit setiap bulan habis pergi jalan, shopping barang baru dengan korek duit simpanan. Kalau matlamat jelas, boleh disiplin, boleh je nak kumpul duit bayar deposit rumah.  Ja...