Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2020

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pinjaman Perumahan Kerajaan (LPPSA)?

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) adalah badan yang telah dicipta khas untuk menyediakan pinjaman perumahan kerajaan untuk penjawat awam. Jika anda ialah kakitangan kerajaan, anda haruslah mengambil kesempatan ke atas peluang yang ada ini! Sebenarnya masih ramai rakyat Malaysia yang bergelut untuk memiliki rumah sendiri, baik pekerja dari sektor kerajaan ataupun swasta. Memang ada pelbagai jenis pinjaman perumahan dan initiatif kerajaan yang ada di luar sana untuk membantu semua pembeli rumah. Tetapi kali ini, kami ingin mengupas tentang  membeli rumah menggunakan pinjaman perumahan kerajaan  bagi penjawat awam. Berdasarkan laporan Berita Harian, Presiden CUEPACS (Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam) mengatakan  masih ramai penjawat awam yang belum memiliki kediaman sendiri . Kesimpulannya, ada kemungkinan masih ramai kakitangan kerajaan yang tidak mengetahui tentang pinjaman perumahan kerajaan yang telah dicipta khas untuk mereka ini....