Gaji 'basic' tak lepas nak buat loan rumah ? Strategi pendapatan proksi ini akan tinggikan peluang bank luluskan permohonan anda
Sekarang ni, pihak bank semakin susah nak luluskan permohonan pinjaman yang pembeli buat. Banyak kali dah kes seperti ni terjadi, walaupun pembeli layak untuk dapatkan pinjaman. Nampaknya, syarat lulus pinjaman dah jadi semakin ketat berbanding dulu. Tapi, tak bermakna kita tak boleh buat sesuatu. Setiap masalah, pasti ada jalan penyelesaian. Tok percaya perkara ni, dan Tok harap korang pun sama. Semoga perkongsian ini berikan sinar harapan baru kat korang. Nukilan Cikpuan Bella Leana ini boleh bantu korang selesaikan masalah ini, dengan izin-Nya. Nota: Artikel ini khas untuk korang yang bekerja, dan gaji pokok tak cukup untuk permohonan pinjaman. Kalau korang berniaga atau tak ada slip gaji (dan nak buat loan), boleh klik sini dan baca artikel ini. Strategi #1: Bonus sebagai pelincir luluskan pinjaman Ada 2 jenis bonus yang boleh kita gunakan untuk perkara ini: a) Bonus secara ‘ contractual ‘ (kontrak) Ini bermakna dalam kontrak korang itu, ada tertuli...